Thursday, 3 May 2012

Bermulanya Gaya Hidup Straight X Edge 

i

Mungkin kini umumunya masyarakat yang serba moden serba sedikit tahu apa yang dimaksudkan dengan STRAIGHTxEDGE dan kemungkinan juga tidak. Seperti yang kita ketahui, ini kisah hidup saya bagaimana budaya STRAIGHTxEDGE meresap dalam diri ini dan sekaligus menjadi pegangan hingga kini..
Setiap orang juga mempunyai pandangan, dan pendapat yang berbeza tidak kira lah dari mana ianya bermula atau terjadi dan seharusnya hormati la setiap pandangan yang di lemparkan dan baca la luahan isi hati ini yang tidak seberapa penting dan "takdoh kelaz ".. (hehehe)
Mulai mengenali StraightEdge sekitar Tahun 6 hingga form 1 tu pun melalui zine seorang kawan atau jiran dan lebih sedap lagi sedara la. Kiranya masa tu cuma sekadar baca dan baca untuk mengisi masa lapang yang tak lapang sebenarnya kot. Zine itu juga meraupakan zine pertama yang ku amati dan hargai walaupun hakikatnya zine tu dah 20x copy kot(hahaha). Tapi terdetik dalam untuk lebih mengenali apa itu StraightEdge lebih baik.
Maklumla darah muda masih aktif dan mengalir dalam jiwa ini untuk cuba memahami apa bendanya tu..
Dan melalui sedara tu juga sumber terdekat untuk bertanya dan tanya mengenai StraightEdge ini. Ketika itu jugalah keutamaan lebih kepada zine, walaupun muzik tak berapa layan sangat dan kira masih dalam proses mengenal diri dan Straight Edge.Dan dalam zine jugalah membuka pintu hati ini untuk mendengar muzik 3 kord ini. Antara band yang pertama menjadi sumber ialah Minor Threat, itupun tau melalui zine yang  juga  telah membuka pintu hati ini untuk mencari zine tempatan dan mencari band2 tempatan. Daripada seorang sahabat juga telah membawa dan meracuni minda ini untuk ke Gigs yang pertama bagi saya kot. Pehh memang psycho sahabat tu kuat sangat maklumla dia tahu ketika tu saya sedang mencari zine yang dibeli by hand dan kiranya belum ada copy2 la.Bukan macam sebelum itu dapat zine pun yang dah 20x copy sampai tulisan pun pudar2.
Rasanya macam tak percaya juga masa tu maklumla gigs pertama dan zine pertama yang dibeli sendiri.
Sumber kewangan time tu memang daripada family untuk belanja kat sekolah, dan duit tu juga disimpan dengan rapi sanggup pula tu ikat perut semata-mata nak zine dan menghadiri gigs yang pertama dalam hidup. Dengan berbekalkan duit yang disimpan dalam 2 - 3 bulan tu dapat juga zine baru + tape masa tu. Gumbira tak terkata sambil senyum sendiri beb(punk itu kreatif.haha).

ii


Sejak mendapat zine baru tulah semangat untuk menimba ilmu StraightEdge ini semakin rancak dan lancar diusahakan oleh diri ini. Dengan bantuan zine juga la proses old skool di pelajari seperti berhubung dengan para-par editor sekalian. This is a great moment bha! Ketika baru berjinak-jinak dengan StraightEdge juga lah saat yang amat perit dan tercabar oleh darah muda sendiri. Ini kerana saat inilah gelora darah muda ini mencuba sesuatu yang baru contohnya merokok,meginum(minum arak-dusun language), soSIALiti hidup ini. Ketika ini juga la para sahabat juga ialah pencetus idea untuk merokok(hasutan si kwn2). Namun hati ini sudah terpaut pada IDEOLIGI STRAIGHTxEDGE dan inilah sebab kesetiaan pada StraightEdge kukuh dan kental sehingga kini. Faktor ini juga menyebabkan saya lebih senang dan digelar 'Tak Remaja Lah Boss Tak Merokok' konon kata mereka. Tapi saya tidak peduli dan tak hirau pun apa yang dihasut kerana setiap individu pun punya hak untuk bersuara dan berfikir. Kau hormat pendirian saya, saya balas hormat pendirian kamu. Senang untuk diucapkan kan kiranya? Namum setiap hasutan demi hasutan tetap ditepis halus dan mulus oleh diri ini walau hakikatnya diri ini juga ada tikanya ingin mencuba tapi, nasihat beliau dan mamaliau(ibu) masih segar di minda untuk tidak merokok(anak mama juga la). Rasanya juga, masa inilah juga para sahabat berjinak dengan Arak untuk mencuba yang lebih kick ! Sekali lagi para hasutan-hasutan sahabat sekalian kedengaran. 'Alah, bilang kawan takkan tidak mahu rasa sikit bha, rokok sudah kau tolak takkan nie(arak) pun kau tolak juga kawan'. Salah seorang sahabat mengajak darah muda ini bersama untuk merasa menu baru minuman mereka. Dengan selambernya 'steady bha kau kawan, duluan jak' ayat kasi senang hati kawan-kawan saya selalunya. Namun mereka tetap akur dengan keputusan saya untuk tidak mencuba menu mereka. Akhirnya sekian lama hasutan mereka tidak menjadi atau mungkin dengan faktor ayat penyedap hati  yang sering di katakan, mereka pun akur dan boring untuk tidak meracun minda ini(haha). Apa-apa pun terima kasih juga kepada sahabat sekalian kerana hormati dan fahami isi hati sahabat kamu ini(hehe), walaupun hakikatnya mereka ada kalanya bergurau senda meminta dan memberi rokok free tujuan untuk hasut-hasut manis. Saat itu juga adakalanya mereka juga bertanya dan memberi pendapat tentang StraightEdge ini sekadar untuk bertanya dan memahami saya pun okey jak(sharing is caring bha kan?). Disitu la juga kematangan untuk berfikir teruji daripada segala soalan-soalan daripadan sahabat-sahabat walaupun hakikatnya ketika itu saya pun bukan tahu sangat pun,maklum la baru juga mengenali dunia StaightEdge ini. Thx Friend !

iii


Setelah tamat form 5 dan menyambung pelajaran di tempat lain pula, lebih banyak dan lebih tinggi pengaruhnya. Di sini la kekuatan StaraightEdge teruji dengan lebih kencang dari segi fizikal dan mental(silap sikit kejutan budaya nahas nie) bermula. Ya seperti kita ketahui lain tempat lain budaya, lain tempat lain caranya. Kehidupan soSIALiti semakin menjadi-jadi, ini kerana maklum la saya ini orang kampung bha. Bukan daripada golongan kaya atau berpengaruh (moden is nightmare) jadi segalanya baru bagi diri ini.Tempat baru ini jugalah mulai berkenalan dengan sahabat-sahabat baru di sanaaa.  Sememangnya mengenali sahabat baru amat bernilai kerana itulah titik baru dalam kehidupan ini. Berbalik kepada StraightEdge, disini la juga mulanya kisah yang lebih tragis bagi saya la. Ini kerana semakin ramai kawan semakin tinggi pengaruhnya dan berkawan biar ramai tapi tanamkan sifat sedia ada iaitu 'jadilah diri sendiri'.  Ternyata tiada yang sempurna dalam hidup ini. 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home