Tuesday, 12 June 2012

IPD Sesi 1/2011

Ini bukan logo IPD tapi Saja Buat-buat tidak salah juga bha kan? :p


Ipd nama melayunya Teknologi Reka Bentuk Produk Industri. Kos yang saya dapat di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu. Mula masuk ILPKK ini pada tarikh 5.1.2011 dan tarikh tamat pada 22.6.2012. Masa pembelajaran kos ini selama 2 tahun iaitu 1 tahun 6 bulan belajar di sini dan 6 bulannya pula saya praktikal sudah. Yeaahaa macam tidak percaya pun ada pejam celik mata dah last sem walupun hakikatnya ada 6 bulan praktikal tapi yang penting saya happy sudah mau keluar dari ILPKK ini terutamanya peraturan yang kalah-kalah budak sekolah rendah dan menengah. Mungkin peraturannya kelihatan amat berat atau ketat tapi kalau tidak peraturan sebegini tidak juga saya jadi manusia mungkin la.. Tapi benda yang bikin stress dalam semua peratutan ialah ROLL-CALL ! Aduhai, kena-kena mata layu mood tidur ada bunyi menyalak menyuruh turun ROLL-CALL memang sakit dalam dan makan dalam.. Borink OKEY ! Hahaha ! Tapi borink-borink pun ada juga sioknya. Dapat juga merasa suasana roll-call kan.. 



Kawan-kawan sekelas.(Faziz tiada dalam gambar)

Inilah gambar kawan-kawan saya di kelas. Dari sem 1 sampai sem 3 kami saja ini semua yang ada tapi masa sem 3 ini pun Ema tiada sebab tangguh sem sudah dan tinggal 13 orang lagi baki daripada asalnya 17 orang kerana berhenti dan berhijrah ke tempat belajar yang baru. Walupun 4 orang daripada kami sudah berhenti saya masih ingat juga bha nama-nama dorang. Antaranya Pika,Datu , Ekin n Ema tapi Puan Ema tangguh sem jak la.. Hehehe..




Asiah, Ema, Bronson, Sya2, Faziz, Vinilli dan Saya la bha..

Ini lah antara kerja harian dalam kelas kena-kena lepas balik dari cuti 1 minggu atau 2 minggu naa.. Sudah tentu makanan pilhan ampalang + sambal-sambal berapi.. Yehaa ! Ini antara kenangan sem 2 kiranya ketika masih ada Puan Ema ini..
1 bungkus amapalang buli habis sekejap saja walaupun banyak sebab perut-perut di kelas ini besar-besar muatan.. Hahahaha




Projek Amali Fiberglass
Dari kiri belakang : Ryan, Ana, Ema, Jum, Saya, Bronson, Asiah, Aswin, Vinilli
Kiri depan : Jai, Sya2, Bulat, Faziz.
(tiada dalam gambar dan tukang gambar Aishah)


Projek paling gila saya raas.. Kenapa gilak ? Sebab kerja gila.. Gatal-gatal 1 badan, berhabuk dan gatal la... Sukar di gambarkan dengan kata-kata la kunun.. Hehehe.. Tapi kerja-kerja gini enjoy juga la walaupun kin stress gatal dia tapi kalau kau tenang saja siap dan berbaloi juga bha kerja gini..



Masa Peperiksaan Ini Sempat Lagi Bergambar-gambar Kunun


Exam tanda bermulanya hujung sem dan tanda sem hampir habis atau lebih senang mahu cuti sudah la.. Dan sekarang juga minggu exam dah minggu-minggu terakhir berada di ILPKK ini.. Tidak sabar rasanya mahu habis walaupun ada praktikal tapi sekurang-kurangnya praktikal di tempat sendiri macam mahu lumpat-lumpat saja tau.. :p
Akhir kata daripada saya Kamarul X Bilul good luck exam kawan-kawan ! I will miss you all ! Yeeehaa !












0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home